Saturday, February 28, 2009

Mungkin cinta ini tidak sehebat uda dan dara
Apatah lagi untuk menandingi gahnya cinta Shah jahan
sedikit pun tidak semurni cinta laila dan majnun
mana juga mungkin menjadi seberani romeo dan juliet

Tapi,
atas suatu sebab yang tak pasti
disebabkan oleh perasaan dalam hati
kasih itu bersemi

cinta ini cinta gila
buat kita

Sunday, February 22, 2009

pernah tak kamu lihat sepasang kekasih yang sering dilihat gembira,tetapi secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk berpisah?....

pernah juga kamu lihat sepasang kekasih yang sering bertelingkah,seakan-akan tidak punya persamaan diantara mereka tetapi masih lagi mampu menjaga hubungan mereka...

kamu pilih yang mana??

Monday, February 16, 2009

Aku mahu

aku tak mahu cinta yang melimpah ruah

aku tak mahu kasih sayang yang tiada batasan

aku tak mahu harapan setinggi gunung

aku tak mahu dimanja seperti anak kecil



aku cuma mahu rasa dipunyai

aku mahu rasa dilindungi

aku mahu dimengerti

aku cuma mahu rasa diperlukan oleh kamu



.....................................................................................................

Friday, February 13, 2009

Jika

Jika benar hati itu milik aku
tunjukkan apa warnanya?
mungkin hitam
atau boleh jadi ianya putih

Jika benar cinta itu milik aku
apa rupanya?
adakah sebulat bola?
atau bersegi-segi?

Jika benar cinta itu milik aku
apa rasanya?
adakah harus pahit?
atau manis seperti madu

Jika benar cinta itu milik aku
apa baunya?
adakah sebusuk sampah?
atau mungkin sewangi bunga

Jika cinta itu milik aku
adakah ia bisa dilihat dengan mata?
atau hanya ilusi semata

Jika cinta itu milik aku
haruskah ia indah sentiasa?

Mr

Mr
please stay
I promise that I'll be nice
There will be no more lie

Mr
Please don't you fly
Cause I want to make you mine
My sky will full with butterfly


..........................

Thursday, February 12, 2009

bukan aku

kekasih itu
patutnya hadirnya menggembirakan
bukan menyedihkan

kekasih itu
patutnya hadirnya menceriakan
bukan mendukakan

kekasih itu
patunya hadirnya menyenangkan
bukan menyusahkan

kekasih itu
patutnya harus sentiasa di sisi
bukan sentiasa berjauhan

kekasih itu
patutnya lebih memahami
bukan harus mendalami

kekasih itu
sepatutnya bukan aku

beritahu aku
kekasih jenis apakah aku?

Wednesday, February 4, 2009

Aku tahu


aku tahu
bintang takkan jadi bulan
walau sinarnya bergemerlapan

aku juga tahu
mentari takkan bisajadi pelangi
walaupun hadirnya itu menerangi

aku tahu
hujan itu tak sama dengan taufan
walau mereka seakan punya persamaan

dan aku juga tahu
adakala segalanya harus berlawanan
dari punya persamaan