Wednesday, July 22, 2009

longgarkan setiap ikatan
yang kau ikat di pergelangan
kerana ianya semakin meninggalkan kesan
yang pastinya menyakitkan perasaan

jangan terus direngkuh
kelak kau pasti akan tersakiti
lepaskan perlahan-lahan
agar tidak disakiti

bila dilepaskan
jangan kau terus membuang
biarkan dia terbang
perlahan-lahan terawang-awang

jangan kau mengejar
jangan juga kau tarik semula
segalanya pasti tidak akan sama
seperti apa yang kau pinta

Monday, July 6, 2009

Diam

Lihat
Hati ini sedang menari-nari
Tatkala melihat kamu

Dengar
Hati ini bernyanyi-nyanyi
Disaat mendengar suara kamu

Diam
Bila hati ini sedang berbicara
Kerana telinga kamu tuli



Sentuh
Hati ini yang sedang menangis
Disaat merindui kamu
Biarkan tangan itu kaku

Rasa
Apa yang aku rasa
Disaat memikirkan kamu
Kamu pasti gembira
Kerana semuanya
Begitu indah



:)

Sayap Kiri Sayap Kanan

Aku punya sepasang sayap
Yang bisa membawa
Aku ke syurga
Atau neraka

Sayap kanan
Tegap,
dipenuhi bulu putih bersih
Kelihatan cantik sentiasa
tapi akan membawa aku
merasai panasnya neraka

Sayap kiri
Lemah,
Bulunya hitam berdaki
Comot kurang berseri
Tapi bisa membawa aku
mengidu bau syurga

Jika kamu aku
Sayap mana
Yang akan kau gunakan?