Sunday, June 7, 2009

Mari

Mari
duduk dekat denganku
serapat yang kau mahu

Mari
genggam erat jari jemari ku
yang hanya ingin menggapai kamu

Mari
berlindung dibawah sayapku
Tapi aku bukan malaikat
yang bisa menjanjikan syurga

Mari
dengar segala ceritaku
lihat semua kelakuanku
sama atau beza dengan kamu

Mari
temani aku berlari
menjauhi kegelapan

No comments: