Sunday, November 8, 2009

Mari Mengira


Kira
1 hingga 5
apa yang kau tahu tentang cinta?


cuba
kau tambah 1 dengan 5
bagaimana kau tunjukkan sayang?


tolak
6 dengan 1
adakah kau benar-benar setia?


kemudian
tambah semula 6 dengan 1
masihkah kau punya rasa percaya?


sambung
mengira 1 hingga 10
boleh kau terima segala kekurangan?


tolak
10 dengan 1
apa yang kau cari dengan kelebihan?

9 comments:

Cahaya Kekasih said...

matematik saya failed :P

Ikileman said...

cuba kira
ayat yang terakhir
itu jawapannya
:P

abuyusof said...

a: m.a.n.i.s =5

b: k.o.r.b.a.n =6

c: e.n.t.a.h =5

d: m.u.n.g.k.i.n =7

e: b.e.r.g.a.n.t.u.n.g =10

f: k.e.h.i.d.u.p.a.n =9

kalau salah katakan salah
kalau benar belanja ikan bakar

Ikileman said...

nice..:)
sekurang-kurangya ada orang tahu bagaimana untuk menjawabnya

jawapan tidak ada pada saya
tp ada pada setiap orang yang mahu menjawab
tiada salah atau betul..

masih mahu ikan bakar?

Cahaya Kekasih said...

wahhh...hebat uncle...

saya pun nak try la...hehe

Cinta..kira sampai 5?
~S.A.K.I.T = 5

Sayang....5+1?
~P.E.D.U.L.I = 6

Setia...6-1?
~H.A.R.U.S = 5

Percaya...6+1?
~M.U.N.G.K.I.N = 7

Kekurangan...kira 1 sampai 10?
~S.E.D.A.N.G.C.U.B.A = 10

Kelebihan...10-1?
~K.E.Y.A.K.I.N.A.N =9

Ikileman said...

:)
nice cahaya..

Cahaya Kekasih said...

huhu..tapi percaya tu jwpn same lak dgn uncle...xtau nak letak apa la kalau lain....huhu...mungkin juga saya antara percaya dan tidak :P

abuyusof said...

ck; takan cinta sakit.. hish!

Cahaya Kekasih said...

hahaha....memang la sakit....

cinta tu bukan lagi namanya cinta kalau ia hanya manis...tak menyakitkan...

bila kita sayang seseorang...kita akan risau bila apa2 jadi kan dia kan....kan sakit tu....

bagi saya...kekasih bukan saja boleh buat saya ketawa..tapi boleh buat saya cry gak...boleh buat saya rasa setiap perbuatan dia even kecik je...kalau la tiba2 saya dah tak kesah dia sakitkan ati saya lagi..saya tak rasa apa2..tak sedih tak risau tak marah...hahha....bahaya tu....dia pulak patut risau :P