Friday, October 16, 2009

batu

kau campak batu dalam air
kemudian kau tunggu
tapi dia tak timbul
kau salahkan diri sendiri bodoh

budak itu tercampak batu ke tingkap rumah kau
tapi mak kau marah kau
kau rasa x adil
tapi kau juga bermain dengannya bukan?
bukankah sepatutnya kau juga sama-sama tanggung kesalahan?
bukan menyalahkan satu pihak sahaja
adil kan?

orang kata batu tu penawar
kau percaya lalu kau gantung di leher
bila kau rasa sakit,kau salahkan batu
tapi kau tak lihat tali yang kau gunakan untuk mengikatnya

kau pahat batu tu
jadi ukiran yang cantik
tapi bila dia sumbing
kau tuduh dia tak berharga
tapi kau sendiri yang tak jaganya

bagi kau
batu tu banyak
tapi pernah tak kau fikir
yang tak semua batu tu sama

fikirkanlah
batu tu memang keras
tapi akan lembut bila kena caranya

4 comments:

Cahaya Kekasih said...

batu bata
batu hikmat
batu lesung
batu api
batu nisan


kepala batu...........

mat din said...

nice...=)

zamrie said...

batu sayangnya kau tak boleh berkata, semuanya ko lihat walau kau tak bermata, dari mula dunia engkau dicipta hingga akhir dunia engkau kekal jua..

ramli sarip kater... bukan saya kater

Ikileman said...

zamrie:..:P