Monday, October 26, 2009

pernah tak kau rasa mahu jadi sempurna
dari hujung rambut ke hujung kaki
hanya di depan mata seorang manusia?

pernah tak kau merasa duka
bila kekurangan kau dapat dilihat
hanya pada hati seorang manusia?

pernah tak kau mengalirkan air mata
saat hati kau sedang berbunga gembira
kerana terlalu menyintai seorang manusia?

pernah tak kau merasa kerdil
bila dibandingkan dengan insan lain
hanya kerana kau tidak menggembirakan satu hati?

pernah tak kau merasa diri itu tidak berguna
bila dia yang dipuja tidak tersenyum
saat bersama kamu?

pernah tak kau rasa
hidup bagai dalam dongengan
saat bila hanya bersama dia?

pernah tak kau rasa
sedih,sakit hati,terluka
saat kau tahu
yang kau bukanlah yang terbaik untuk mereka?



aku merasakan semuanya..
malah mungkin lebih dari itu..

1 comment:

Cahaya Kekasih said...

pernah......

tapi takpernah terima bunga la...hehe..yang lain tu sume penah rasa...