Kenapa
aku mahu terus bercinta
biar aku tahu kita berbeza
Kenapa
aku masih mahu bersama
sedang kita sering bersengketa
Kenapa
aku masih lagi ingin merindu
walau jarak kita beribu
Kenapa
aku terus mengharap
walau bagi kamu tiada apa yang perlu diharap
Kenapa
aku masih ingin percaya
biarpun segala seolah ilusi semata
Beritahu aku kenapa...
jika kamu ada jawapannya
No comments:
Post a Comment