Monday, March 9, 2009

Lakukan segala apa yang kamu mahu
Biarpun ianya menyakiti hatiku
kamu takkan dihukum kerana itu
kerana aku tahu bukan itu mahumu

Perkatakan sahaja apa yang perlu
biarkan semuanya menjadi bisu
kerana kamu akan tetap begitu
dan aku tetap akan bersama kamu

Jadilah apa yang kamu mahu
kerana itu bukan cerminan hatimu
bergembiralah sebebas selalu
hanya itu yang aku mahu

Ambil segala apa yang kamu perlu
akan aku berikan semuanya kepadamu
kerana kamu tahu aku mencintai kamu
bawa aku pergi jika perlu
kerana aku hanya mahu kamu

1 comment:

zamrie said...

assalammualaikom iki....
lama tak hadir disini, pa khabar? moga sihat dan dilindungi allah selalu... jumpa lagi ya