Tuesday, December 9, 2008

Ada tangis dalam senyuman
Porak peranda dalam aman
Dalam jeritan ada bisikan
Sebalik suka ada kebencian

Terselit penipuan disetiap kejujuran
Ada bosan dalam kerinduan
Dalam terang benderang ada kegelapan
Disetiap kesabaran ada kemarahan

Dalam ramai namun dirinya sendiri
Meniti hidup tapi hatinya mati
Mata memuji tapi mulut mencaci
Kerana ini ertinya realiti

1 comment:

zamrie said...

naper takder orang komen niii?
boleh laaa saya komen nanti yaaa
salam kenalan...heheheheh