Aku tak mahu lagi dimanja
Aku juga tak mahu kata-kata cinta
Kerana itu bukan lagi bahagia
Yakinkan aku cinta itu kita
Tunjukkan aku apa itu bahagia
Pastikan ia bukan lagi ilusi semata
Kerana aku semakin jemu dengan kata-kata
Jika benar cinta itu bisa dirasa
Tunjukkan aku apa warnanya
Biar aku pastikan ianya nyata
Cinta itu jauh di mata
Jangan dibiar jauh dari hati kita
Kerana ianya bukan sia-sia
Aku tak mahu punya segala
Jika bahagia itu tiada maknanya
Jangan sekali kau berhenti bicara
Kerana ia hanya menambah duka
No comments:
Post a Comment