Pergi kasihku pergi
Mungkin tempatmu bukan disini
Segalanya bagaikan ilusi
Untuk apa kau terus menanti
Pergi kasihku pergi
Jangan sampai kamu membenci
Kerana cinta cuma permainan hati
Semuanya sesuatu yang tak pasti
Pergi kasihku pergi
Jika itu yang kau impi
Pasti ada bahagia yang akan menanti
Untuk kamu kemudian hari
Pergi kasihku pergi
Aku tak bijak untuk mengasihi
Apa lagi untuk memahami
Kerana semua terpendam di hati
Pergi kasihku pergi
Jika cinta ini cuma mimpi
Mungkin aku tak mampu menjadi pengganti
Seperti dia yang telah pergi
Pergi kasihku pergi
Walau hanya kamu dihati
Kegembiraan kamu perlu dicari
Tinggalkan segala sengsara itu disini
Pergi kasihku pergi
Tinggalkan sahaja aku sendiri
No comments:
Post a Comment