Saturday, December 27, 2008

Biar aku butakan mata
Untuk menutup segala cela
Kerana aku mahu dia

Mungkin aku terlalu mencinta
Yang nyata tidak seperti dia
Mana mungkin aku bisa merasa
Kerana hati ini masih lagi merana

Patutnya aku ini bisu
Biar aku sentiasa diam kaku
Tidak lagi menyakiti kamu
Pastinya tiada lagi cemburu

Yang aku pinta cuma itu
Supaya kamu memahami aku
Kerana aku terlalu mencintai kamu

...................................................................................................

No comments: