Monday, December 22, 2008

Aku mahu begini selalu
Disisi sentiasa ada kamu
Menutup segala resah dan ragu

Aku mahu begini selalu
Melihat kamu dari sudut mataku
Kerana hati ini sering sahaja rindu
Pada pujuk dan rayu

Aku mahu begini selalu
membiarkan masa terus berlalu
Asalkan tetap hanya dengan kamu

Aku mahu begini selalu
Duduk berdua bersama kamu
Kerana kamu kegembiraanku

Aku mahu begini selalu
Sentiasa ingin bersama kamu

2 comments:

zamrie said...

sajak cinta?
pada sang kekasih?


"aku juga ingin bergitu dan selalu"

ku ingin pada sesuatu yang bisa menerbangkan sepiku

Ikileman said...

adakala...
cinta x mampu menerbangkan sepi...:)