Sunday, December 14, 2008

Aku tak percaya pada bintang
kerna terangnya cuma pada sang malam
cahayanya hilang bila langit semakin terang

Aku benci pada si pelangi
yang munculnya sesekali
mengambil peluang pada sang mentari
selepas hujan panas di tengahari

Aku bosan merenung bulan
adakalanya semakin hari semakin suram
selalu hilang disebalik langit kelam
lalu membiarkan aku seorang

Aku mahu berhenti mangharapkan sinar mentari
teriknya semakin membakar diri sendiri
seperti hidup tak punya hati

....................................................................................................

2 comments:

zamrie said...

aku suka "dunia kolot" blogni cam sesuai ngan sukaku.

tanpa tajuk?

berhenti mengharap?

jangan kau gantungkan aku cahaya harapan pada dinding dinding malam

cahaya ilahi?

Ikileman said...

tiada tajuk...:)

berhenti berharap pada ciptaan-NYA

aku mengaharapkan cahaya ilahi menyinariku seterang-terangnya