Thursday, November 27, 2008

Semalam
Aku tertunggu waktu tidurku
Untuk bermimpi tentang kamu
Dan kemudian bercerita kepada kamu

Kini
Aku takut terlena
Kerana tak mahu bermimpi tentang kamu
Malah hari esok juga seakan tidak ada
kerana tiada apa yang bahagia

Kelmarin
Jari jemari ini sibuk bekerja
Menghantar kata-kata cinta kepada kamu

Dahulu
Kamu adalah segalanya dalam duniaku
Kuturutkan segala kata
Kupegang juga segala janji

Hari ini
Kamu hanya bayang-bayang
Yang mencari tempat untuk menumpang
Kau masih mampu tersenyum
Sedangkan kau sedar hatimu terluka
Kau masih lagi mampu tertawa riang
Sedangkan kau tahu mereka tipu

Kau masih menangisi pemergian itu
Sedangkan ianya telah lama berlalu
Dia yang menghancurkan segala

Aku adalah engkau
Namun aku tak mengerti jalan hidupmu
Aku juga tidak memahami perwatakanmu
Adakala aku juga tidak mengerti perasaanmu
Jadi maafkan aku

Can you help me?

I'm getting bored
I can't take it or hold it anymore
I can't keep on pretending like everything is ok

I don't want to hear your voice or your thought
Stop pretending that you were trying to help
All you do is bring me down
And make me feel that it was my mistake
I'm the who have to blame
I don't know who my friends is
And I don't even know who to trust

Wednesday, November 26, 2008

Kau menjerit marah pada langit
Menyalahkan dunia yang semakin bingit
Bagi kau sakit dan benci itu tidak lagi sedikit
Besarnya semakin hari meninggi seperti bukit

Dunia ini bukanlah syurga
Ianya juga belum lagi sebuah neraka
Jangankan hanya kerana mereka
Kau merasakan diri itu celaka

Mereka juga hina dan tercela
Kerana manusia ini tak sempurna mana
Mungkin ke syurga atau ke neraka
Keindahan dunia hanyalah ilusi semata

Jiwa hatiku

Jiwa hatiku
Malamku ini dihujani rindu
Ribut petir juga bagaikan berlagu
Bernyanyi tentang kamu

Jiwa hatiku
Selimutkan aku dengan cintamu
Dodoikan aku dengan sayangmu
Agar hatiku tak lagi sayu
Mengenang segala yang telah berlalu

Jiwa hatiku
Dunia sedang bergerak laju
Meninggalkan masa-masa lalu
Kini cuma ada kau dan aku
Berjalan menuju kedunia baru
Dunia terang bertukar pilu
Langit yang dahulunya biru kini semakin kelabu
Aku menjerit dalam bisu
Meronta-ronta tetapi tubuhku kaku

Panggil saja aku Si Dungu
Percaya yang benar walaupun palsu
Jalanku lurus meskipun berliku
Temanku beribu Dalam satu
Dan yang pasti itu hanyalah aku

Monday, November 24, 2008

buta dalam celik

Dalam terang kau meraba-raba
Sedangkan aku tahu kau tak buta
Dengan harapan pada mereka
Kau ketemu sebuah cinta

Benar sungguh cinta itu milik kamu
Tapi kau cemari dengan nafsu
Kau lupa pada yang SATU
Yang sekelip mata bisa meragut nyawamu

Jauh darimu itu yang ku mahu
Biar hidup dalam sedih dan sayu
Kerana kelak aku tahu
DIA sentiasa ada denganku

Cerita lagu pilu

Tulisan itu bagaikan berlagu
Bercerita tentang kisah pilu
Ada panah menusuk jantungku
Kesan dari cinta yang lalu

Cinta itu cinta bernafsu
Yang terus membutakan kamu
Lalu kau pergi dan terus berlalu
Tanpa melihat apa adaku

Kau kembali bercerita tentang pilu
mungkin kerana kini kau tahu
Betapa siksa hidupku dahulu
Aku bukanlah tuhan untuk menghukummu
Apatah lagi untuk membenci kamu
Kerana aku sedar dan aku tahu
Kau bukan tercipta untukku
Gahnya kau bercerita tentang segala sifatmu
Bagaikan kesempurnaan itu hanya milikmu
Atau mungkin kau terlupa masa silammu
Sehingga buta tatkala langit sedang membiru

Yang indah-indah itulah kamu
Yang hitam dan busuk itu pula aku
Apa kau lupa pada yang kelabu
Kerana itu yang mewarnai mu dulu

Jangan bercerita tentang sempurna
Jika kau juga punya cela
Manusia dicipta berbeza-beza
Itulah juga keistimewaannya

Mungkin kau kini lebih sempurna
Berbanding mereka yang masih leka
Tapi tak bermakna yang cukup sempurna
Untuk menilai siapa mereka

Jangan bicara tentang haq
Kerana ianya ketentuan TUHAN
sepatutnya kita berpesan-pesan
Kerana kita setaraf dimata TUHAN
Diamku tak beerti takut
Tundukku tak bermakna kau kuat
Hanya kerana kita terikat
Tak bermakna kau cukup sifat

Kau mungkin punya segalanya
Setiap yang kau mahu didepan mata
Gegak gempita satu dunia
Bila kau mula bercerita

Mengapa aku yang kau cela
Mengapa aku juga yang ingin dihina
Sedangkan kita punya darah yang sama
Atau mungkin aku dan kamu berbeza

Aku bukan batu
Sehingga boleh diperlakukan begitu
Turutkan semua kata hatimu
Kerana kau sebenarnya Dungu
Kelak kan ku hitung satu persatu

Biar aku turutkan segala hina
Akan aku iyakan juga cela
Sehingga akan tiba suatu masa
Bila aku benar-benar dewasa

Mungkin patut disiatkan saja bibir itu
Biar dunia ini senyap dan membisu
Atau mungkin patut dibunuh saja aku
Biar hilang segala dendammu
Kuncikan saja biar bisu
Atau potong saja lidah itu
Biar mereka terdiam kaku
Dari terus mengeji aku

Sempurna itu bukan aku
Pura-pura bukanlah diriku
Itu bezanya mereka sama aku

Kau mengeji dan kau mencaci
Tunggu sehingga api bertemu api
Baru kau sedar kekurangan sendiri

Tiada guna berbicara sama Si Dungu
Yang otaknya dipenuhi nafsu
Biarkan saja dia begitu
Kerana akalnya sudah membeku
dapatkah kau lihat senyum itu
dari hati yang lama sakit
akibat dosa yang terpalit
masihkah kau ingat masa lalu
disaat aku sering melihat kamu
lalu tersungkur dan menjadi kaku

kini cintaku
sentiasa ada denganku
biarpun jaraknya beribu
mimpi aku cuma satu

biru itu masih lagi mendamaikan
putih juga masih lagi menyenangkan
adakala kelam itu menghairahkan
walaupun ianya menyakitkan

apa perlunya pelangi
jika hadirnya hanya sesekali
selepas hujan dan panas mentari
kerana perginya sudah pasti
hilangnya juga tanpa disedari

adakalanya harapan
tak mungkin lagi jadi kenyataan
lalu biarkan ia menjadi sebahagian dari pengalaman...
setiap apa yang terjadi keatasku
tak mampu dikira dengan batas waktu
kerana aku akan sentiasa menjadi aku
biar tubuhku menjadi kaku
biar hujan air menjadi batu

waktu itu akan terus berlalu
cuma tidak ku tahu waktunya tentu
lalu biarkan ia terus menggangu
sehingga ia lelah lalu berlalu
masa silam itu seperti bayang-bayang
yang x mampu aku lepaskan
biar sejauh mana aku berlari
ia akan terus mendekati
jadi biarkan bayang-bayang itu mengikuti
sehingga dia sedar
yang aku sudah tidak lagi
memerlukannya dalam hari-hariku

Sajak untuk langit

Langit biru
Temani aku
Berdansa mengikut lagu
Iramaku tak lagi sayu


Langit biru
Iringi langkahku
Menghadapi dunia baru
Melupakan kisah lalu


Langit biru
Biarkan mendung berlalu
Membawa bersama dukaku
Agar aku gembira selalu
Bulan takkan pernah mengerti maksudku
Bintang takkan pernah tahu apa inginku
Matahari takkan bisa menemaniku
Pelangi takkan mampu mewarnai hari-hariku

Kerana itu aku perlu kamu
Untuk temani aku
Warnai hari-hari kelamku
Andai aku diciptakan untuk kamu
Pasti indah hari-hariku
Akan ku pastikan segalanya milik kamu

Andai aku tercipta untuk kamu
Sudah pasti aku tidak dirudum duka
Sudah pasti tiada juga sengsara

Andai kamu milkku
Senyum ini hanya untukmu
Mata ini hanya melihat kamu
Hati ini juga untuk kamu

Namun segalanya bukan milikku
Kamu juga bukan milikku
namun aku akan tetap mencintai kamu

Rainy days

Oh rainy day
Please stop coming today
Coz both of us want to play
And spread our love with lay

Oh rainy day
Please not coming this way
Coz he will walk away

Oh rainy day
Change to a sunny day
Coz this tear will walk away
And I want to brighten his day

Oh rainy day
Please help me today
Wash away my past day

Rainy day
Rainy day
Wash my pain away
And take these tears away

Permintaan

pergi...
pergi sejauh yang mungkin..
kerana aku punya dia..

pergi..
kerana itu yang kau mahukan dahulu
kerana itu yang bisa menggembirakan aku

pergi
sehingga aku x mampu lagi melihat bayangmu
kerana bayang itu yang menghantuiku

pergi...
itu pintaku
itu keinginanmu

jadi
pergi dan jangan kembali

Untuk dia

aku mencintai dia
kerana dia sinar dalam hidupku
aku menyayangi dia
kerana dia kasih dalam hatiku

biarkan aku mencintanya
biarkan aku leka bersamanya
kerana dia kegembiraanku
kerana dia cebisan hatiku

Buat teman

aku mahu dia kembali...
menceriakan hari-hariku..
tertawa gembira bersama...

aku mahukan dia disisi..
mendengar setiap cerita..
memujuk disaat aku dilanda duka..

kemana dia pergi
berlalu tanpa sebarang kata-kata
meninggalkanku keseorangan..
menghadapi dunia yang penuh kepura-puraan..

aku mahukan temanku yang dahulu..
aku mahukan sahabatku..
kembalikan dia kepadaku..
kerana dia pelangi hidupku...
sekali kau melangkah pergi
jangan sekali-kali kau ingin kembali
kerana ianya menyakitkan
amat menyakitkan

apabila kau memutuskan untuk pergi
jangan pernah ambil peduli tentangku lagi
kerana itu keputusanmu

jadi pergi sejauhnya
kerana kamu tiada kepentingannya lagi
pergi sejauhnya
supaya aku tak mampu melihat dan mendengar tentang kamu lagi
I try to wrote
but I can't find a perfect word
to make you understand...

I tried to reach you
but you were to far away
I tried to hold your hand
but somebody else hold you first

I tried to smile everytime I remind you
but I keep crying like a child..

so tell me...
what to do with this broken heart..
aku ingin bercinta
aku ingin dicinta
tetapi aku takut untuk menghampirinya

aku ingin disayangi
aku juga ingin menyayangi
tetapi pada siapa...

aku menyayanginya
namun
aku terpaksa pergi jauh darinya
bukan kerana aku membenci
tetapi kerana
takut akan kehilangannya

pergi
mungkin itu
yang terbaik untuk kita

Apa itu perasaan

perasaan itu...
sedang mempermain-mainkanku
atau mungkin...
aku yang mempermainkannya

biarkan aku sendiri..
biarkan aku keseorangan
kerana aku tak mampu
menahan perasaan

aku keliru
antara perasaan
dan khayalan..

aku bingung
antara mesra
dan kasih sayang

aku dibuai
dengan gembira
dan kedukaan

mungkin
aku patut pergi
bersendirian
membalut luka
kamu itu luka
aku ini derita
dia itu tawa..

kamu itu kenangan
aku ini hayalan
dia itu harapan

kamu itu cinta
aku ini jiwa
dia itu bahagia

kamu mungkin lawan
aku mungkin kawan
dia mungkin teman

Love is not a fairy tale

my stories is not a bedtime story
cause it was a nightmare
my fairytale don't have a happy ending
cause my frog prince has run away...

I can't be sleeping beauty anymore
cause you have wake me up from my long sleep
my prince charming isn't charm enough
cause he broke his promise

so
I guess
I have to live in reality
and get a life....

I'm leaving

I'm spreading my wings wide open
I'm leaving you...
leaving my memory
leaving my sadness
leaving my love...

I'm flying away..
away from your life
to find my true love
to find my heart..
to find my happiness
to find a new land
to build a new hope and dreams.....

Mimpi

mimpi itu pernah membahagiakan
mimpi itu pernah menggembirakan
mimpi itu juga membuatkan aku ingin terus terlena
tanpa terjaga...

kini..
mimpi itu kesedihan
mimpi itu kesakitan
yang membuatkan aku ingin terus terjaga
tanpa terlena...
Aku diam…
Saat kau genggam tanganku
Tahukah kau aku sedang berdoa…
supaya kamu menjadi milikku..
untuk selamanya..
agar kamu akan sentiasa menggenggam tanganku…

Saat kau bisikkan kata cintaaku hanya tersenyum
tahukah kau aku sedang bertanya pada diriku
mampukah kamu mencintaiku seperti aku mencintai kamu

namun..
kamu tidak lagi menggeggam tanganku
tiada lagi kata-kata cinta darimu
kerana kamu
bukan milikku....
Aku ingin menjadi pelangi
Aku ingin menjadi matahari
Aku ingin menjadi bulan
Aku ingin menjadi bintang

Supaya aku dapat melihat kamu
Supaya aku dapat menerangi kamu
Supaya aku bisa mewarnai hidupmu
Agar aku bisa menyinari malam gelapmu
Selamanya….

Aku dan Kamu

Aku dan kamu
tak mungkin dapat bersama..
Selagi kita masih punya “mereka”
Selagi kita masih lagi hidup ditemani kenangan

Aku dan kamu
Hanya mampu mencinta
Hanya sekadar bercerita
Tapi tidak mampu bermimpi indah tentang mereka

Aku dan kamu
Menginginkan cinta
Namun ianya bukan milik kita..

Kini
Aku punya kamu
Dan kamu punya aku..
Aku akan sentiasa menemani kamu..
Sehingga kamu ketemu cinta hatimu…