Monday, November 24, 2008

Cerita lagu pilu

Tulisan itu bagaikan berlagu
Bercerita tentang kisah pilu
Ada panah menusuk jantungku
Kesan dari cinta yang lalu

Cinta itu cinta bernafsu
Yang terus membutakan kamu
Lalu kau pergi dan terus berlalu
Tanpa melihat apa adaku

Kau kembali bercerita tentang pilu
mungkin kerana kini kau tahu
Betapa siksa hidupku dahulu
Aku bukanlah tuhan untuk menghukummu
Apatah lagi untuk membenci kamu
Kerana aku sedar dan aku tahu
Kau bukan tercipta untukku

No comments: