Diamku tak beerti takut
Tundukku tak bermakna kau kuat
Hanya kerana kita terikat
Tak bermakna kau cukup sifat
Kau mungkin punya segalanya
Setiap yang kau mahu didepan mata
Gegak gempita satu dunia
Bila kau mula bercerita
Mengapa aku yang kau cela
Mengapa aku juga yang ingin dihina
Sedangkan kita punya darah yang sama
Atau mungkin aku dan kamu berbeza
Aku bukan batu
Sehingga boleh diperlakukan begitu
Turutkan semua kata hatimu
Kerana kau sebenarnya Dungu
Kelak kan ku hitung satu persatu
Biar aku turutkan segala hina
Akan aku iyakan juga cela
Sehingga akan tiba suatu masa
Bila aku benar-benar dewasa
Mungkin patut disiatkan saja bibir itu
Biar dunia ini senyap dan membisu
Atau mungkin patut dibunuh saja aku
Biar hilang segala dendammu
No comments:
Post a Comment