Gahnya kau bercerita tentang segala sifatmu
Bagaikan kesempurnaan itu hanya milikmu
Atau mungkin kau terlupa masa silammu
Sehingga buta tatkala langit sedang membiru
Yang indah-indah itulah kamu
Yang hitam dan busuk itu pula aku
Apa kau lupa pada yang kelabu
Kerana itu yang mewarnai mu dulu
Jangan bercerita tentang sempurna
Jika kau juga punya cela
Manusia dicipta berbeza-beza
Itulah juga keistimewaannya
Mungkin kau kini lebih sempurna
Berbanding mereka yang masih leka
Tapi tak bermakna yang cukup sempurna
Untuk menilai siapa mereka
Jangan bicara tentang haq
Kerana ianya ketentuan TUHAN
sepatutnya kita berpesan-pesan
Kerana kita setaraf dimata TUHAN
No comments:
Post a Comment