Thursday, November 27, 2008

Semalam
Aku tertunggu waktu tidurku
Untuk bermimpi tentang kamu
Dan kemudian bercerita kepada kamu

Kini
Aku takut terlena
Kerana tak mahu bermimpi tentang kamu
Malah hari esok juga seakan tidak ada
kerana tiada apa yang bahagia

Kelmarin
Jari jemari ini sibuk bekerja
Menghantar kata-kata cinta kepada kamu

Dahulu
Kamu adalah segalanya dalam duniaku
Kuturutkan segala kata
Kupegang juga segala janji

Hari ini
Kamu hanya bayang-bayang
Yang mencari tempat untuk menumpang

No comments: