dapatkah kau lihat senyum itu
dari hati yang lama sakit
akibat dosa yang terpalit
masihkah kau ingat masa lalu
disaat aku sering melihat kamu
lalu tersungkur dan menjadi kaku
kini cintaku
sentiasa ada denganku
biarpun jaraknya beribu
mimpi aku cuma satu
biru itu masih lagi mendamaikan
putih juga masih lagi menyenangkan
adakala kelam itu menghairahkan
walaupun ianya menyakitkan
apa perlunya pelangi
jika hadirnya hanya sesekali
selepas hujan dan panas mentari
kerana perginya sudah pasti
hilangnya juga tanpa disedari
adakalanya harapan
tak mungkin lagi jadi kenyataan
lalu biarkan ia menjadi sebahagian dari pengalaman...
No comments:
Post a Comment