Kau menjerit marah pada langit
Menyalahkan dunia yang semakin bingit
Bagi kau sakit dan benci itu tidak lagi sedikit
Besarnya semakin hari meninggi seperti bukit
Dunia ini bukanlah syurga
Ianya juga belum lagi sebuah neraka
Jangankan hanya kerana mereka
Kau merasakan diri itu celaka
Mereka juga hina dan tercela
Kerana manusia ini tak sempurna mana
Mungkin ke syurga atau ke neraka
Keindahan dunia hanyalah ilusi semata
No comments:
Post a Comment